Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.
Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?
Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :
Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

