Dakwah
kepada Allah merupakan suatu tugas yang mulia,ianya merupakan tugas dan
tanggungjawab para Nabi dan Rasul bermula daripada Nabi Adam,Nuh
`alaihissalam sehinggalah kepada Nabi dan Rasul yang terakhir Muhammad
bin `Abdullah sallallahu`alaihiwasallam.Firman Allah Ta`ala menjelaskan
hakikat ini:
ولقد بعثنا في كل أمة رسولا أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت فمنهم من هدى الله ومنهم من حقت عليه الضلالة فسيروا في الأرض فانظروا كيف كان عاقبة المكذبين
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu",
maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah
dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan
baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul [An-Nahl:36 ]).
Dan Allah menyifatkan tugas dakwah ini merupakan sebaik-baik tugas,sebaik-baik ibadah sebagaimana firmanNya:
Dan Allah menyifatkan tugas dakwah ini merupakan sebaik-baik tugas,sebaik-baik ibadah sebagaimana firmanNya:
ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين
. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri .[ Fusshilat:33 ].?"
Kata Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah menjelaskan ayat ini:
Iaitu
berdakwah(menyeru) hamba Allah kepadaNya, - dan mengerjakan amal soleh
dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri-
iaitu Nabi pada dirinya sendiri memberi petunjuk dengan apa yang dia
katakannya,maka manfaatnya bersifat untuk dirinya dan untuk
selainnya,bukanlah dia termasuk dari kalangan orang-orang yang menyuruh
kepada makruf sedangkan dia tidak melakukannya,dan menegah daripada
kemungkaran sedangkan dia melakukannya,bahkan dia melakukan kebaikan dan
meninggalkan keburukan,dan menyeru makhluk kepada Al-Khalik(Maha Pencipta) Tabaraka wa Ta`ala.Dan
sifat ini umum meliputi kesemua orang yang menyeru kepada
kebaikan,dalam keadaan dia sendiri memberi petunjuk(hidayah),dan
Rasulullah sallallahu`alaihiwasalllam ialah manusia yang paling utama
dengan sifat tersebut.
[ Tafsir Al-Quran Al-`Azhim jilid 4 hlm 129, cetakan Dar As-Siddiq ]
Perhatikan sifat pendakwah yang benar adalah mereka yang menyeru kepada Allah, iaitu mentauhidkan Allah bukan menyeru kepada Hizbi(parti),bukan juga menyeru kepada diri sendiri,sebagaimana realiti hari ini ramai pendakwah bukan menyeru kepada Allah,iaitu tauhid dan meninggalkan syirik,tetapi mereka menyeru kepada diri mereka,parti mereka,dan lain-lain.
Perlu ditegaskan juga dakwah ini wajib mengikuti manhaj dan sunnah Nabi sallallahu`alaihiwasallam,kerana itulah yang diperintahkan oleh Allah Ta`ala kepada Nabi sallallahu`alaihiwasallam sebagaimana dalam firmanNya:
قل هذه سبيلي أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.".
Kata Al-Imam Ibnu Kathir-rahimahullah-:
Allah
Ta`ala berkata kepada Rasul(utusan)Nya sallallahu`alaihiwasallam yang
diutuskan kepada Thaqalain iaitu jin dan manusia,memerintahkan kepadanya
agar menyampaikan kepada manusia bahawasanya ini adalah jalannya,iaitu: jalan,maslak(manhaj),dan sunnahnya,iaitulah
dakwah kepada persaksian bahawasanya "Tidak ada Ilah yang berhak
disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya,menyeru
kepada Allah di atas Al-Basirah(ilmu dan yakin) daripada hal
tersebut,keyakinan dan burhan(dalil),dan beliau dan semua mereka yang mengikutinya
menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah
sallallahu`alaihiwasallam di atas basirah(ilmu) dan keyakinan serta
dalil akal dan syar`i.
[ Tafsir Al-Quran Al-`Azhim jil 3 hlm 667 ]
Maka
dakwah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam merupakan sebaik-baik
dakwah,sebaik-sebaik metodologi dakwah,sebaik-baik manhaj,sebaik-baik
uslub kerana baginda merupakan sebaik-baik contoh teladan yang wajib
diikuti oleh umatnya.
Surat-Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Raja-raja dan Pemerintah-Pemerintah.
Para
Ulama` Tarikh seperti At-Thabari dalam Tarikh At-Thabari 2/288
menetapkan tarikh pengutusan surat oleh Rasulullah
sallallahu`alaihiwasallam kepada para raja-raja dan pemerintah ketika
itu berlaku pada zulhijjah tahun ke enam hijrah,manakala Ibnu Sa`ad
dalam Thabaqatnya 1/2: 15 menetapkan ianya berlaku pada tahun ke tujuh
dan ianya diikuti oleh Ibnul Qayyim-rahimahullah- sebagaimana dalam
Zadul Ma`ad 1/30.
Selepas berlakunya Sulh Al-Hudaibiyyah(
perjanjian damai Al-Hudaibiyyah) pada tahun keenam hijrah ianya membuka
ruang dan peluang bagi menyebar luaskan dakwah risalah Islam ke
semenanjung tanah arab dan diluarnya,dengan itu Rasulullah
sallallahu`alaihiwasallam mengutuskan beberapa utusan kepada Raja-raja
dan pemerintah yang mempunyai kekuasaan di beberapa wilayah,antara
utusan yang diutuskan oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam ialah:
![]() |
| Risalah Dakwah Tauhid disebarkan daripada Al-Madinah ke seluruh pelusuk wilayah. |
2) . `Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Kisra( Maharaja Parsi).
3) . `Amru bin Umayyah Ad-Dhamri-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Najasyi( Maharaja Habsyah).
4). Sulait bin `Amru Al-`Amiri-radiallahu`anhu- beliau diutuskan kepada Hauzah bin `Ali Al-Hanafi di Al-Yamamah.
5) Utusan baginda kepada Al-Muqaiqis Maharaja Qibti Mesir.
Manuskrip Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam-
dan isi kandungannya:
Al-Imam Al-Bukhari-rahimahullah- meriwayatkan dalam Shahihnya nas(teks) surat Rasulullah
sallallahu`alaihiwasallam
yang diutuskan bersamanya Dihyah kepada Pembesar Busro(sekarang di
Syam) lalu dia menyerahkan surat itu kepada Hiraqal Qaisar(Maharaja
Rom). Berikut ialah terjemah Teks isi kandungan
surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:
surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:
بسم الله الرحمن الرحيم من محمد عبدالله ورسوله الي هرقل عظيم الروم سلام علي من اتبع الهديأما بعد فإني أدعوك بدعاية الإسلام اسلم تسلم يؤتك الله أجرك مرتين, فإن توليت فإن عليك إثم الأريسيين... ياأهل الكتاب تعالوا الي كلمةسواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بانا مسلمون
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Hiraqal,Maharaja Rom,
Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda(petunjuk), amma ba`du,
Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam,
Masuklah
Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepada
engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling maka
sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin( kaum Nasrani ) dan :
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat
(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa
tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan
sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang
lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah,
bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Ali-Imran:64 ])".
Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Kisra (Maharaj Parsi):
بسم الله الرحمن الرحيم من محمد رسول الله الى كسرى عظيم فارس : سلام على من اتبع الهدىوامن بالله ورسوله وشهد ان لا اله الا الله وحده لاشريك له وان محمدا عبده ورسوله .وادعوك بدعاء الله فإني انا رسول الله الى الناس كافه , لأنذر من كان حيا ويحق القولعلى الكافرين فأسلم تسلم فإن ابيت فإن اثم المجوس عليك .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,
Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk
dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan
menyaksikan bahawasanya tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah
yang satu tidak ada sekutu bagiNya,dan bahawasanya Muhammad itu
hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah
sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya,agar
aku memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan
ke atas orang-orang kafir,maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya
engkau akan selamat,maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas
engkau dosa majusi.
Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Najasyi Maharaja Habsyah
Teks Surat:
بسم الله الرحمن الرحيممن محمد رسول الله الى النجاشي عظيم الحبشه سلام على من اتبع الهدىاما بعد فإني احمد اليك الله الذي لا اله الا هو الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن ,واشهد ان عيسى بن مريم روح الله وكلمته القاها الى مريم البتول الطيبه الحصينه فحملتبعيسى من روحه ونفخه كما خلق ادم بيده واني ادعوك الى الله وحده لاشريك له والموالاةعلى طاعته وان تتبعني وتؤمن بالذي جاءني فاني رسول الله واني ادعوك وجنودكالى الله عز وجل وقد بلغت ونصحت فاقبلو نصيحتي والسلام على من اتبع الهدى
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada
Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah,sejahteralah
bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du,maka sesungguhnya aku
memuji kepadaMu Allah yang tiada Ilah yang berhak disembah melainkanNya
Dialah Al-Malik,Al-Quddus,As-Salaam,Al-Mukmin,Al-Muhaimin,
Aku
bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya
yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah(yang
terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada
rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan
tanganNya,dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada
Ilah yang berhak disembah melainkanNya,dan agar saling berwala` atas
ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa
yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan
aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla ,dan
sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka
terimalah nasihatku,dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti
petunjuk.
Surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Muqaiqis Pembesar Mesir.
Teks Surat:
بسم الله الرحمن الرحيم من محمد عبدالله ورسوله الى المقوقس عظيم القبط سلام على من اتبع الهدىواما بعد فاني ادعوك بدعاية الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا اربابا من دون اللهفإن توليت فعليك اثم القبط . ويأهل الكتاب تعالوالى كلمة سواء بينناوبينكم الا نعبد الا الله ولا نشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا اربابا من دون اللهفإن تولو فقولو اشهدوا بأنا مسلمون
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada
Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar
Al-Qibt(Mesir),sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk,dan
Amma ba`du,maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar
kita tidak mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak
menjadikan sebahagian kita dengan sebahagian lain sebagai tuhan-tuhan
yang disembah melainkan Allah,maka jika kamu berpaling maka ke atasmu
dosa Al-Qibti,dan wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa
tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan
sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain
sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah,
bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Ali-Imran:64 ])".
Teks surat yang paling shahih adalah surat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam yang diutus kepada Hiraqal,Kaisar Rom kerana ianya diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari-rahimahullah-dalam Shahihnya.Dan selainnya dari segi periwayatan sanadnya masih dipertikaikan,namun sebahagian para ulama` menyebutkan periwayatannya diterima dari sudut sejarah dan ianya disebutkan secara riwayat tarikhiyyah( periwayatan sejarah).
Beberapa Faedah:
1) Kepentingan Dakwah Tauhid dan wajib mendahulukannya di atas segala urusan kerana ianya merupakan hak Allah Ta`ala ke atas hamba, kerana itulah Nabi sallallahu`alaihiwasallam memulakan seruannya dengan Tauhid.
2) Para Ulama` menyifatkan perutusan surat-surat ini di zaman Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam menunjukkan dakwah Islam ini bersifat `alamiyyah(global).
3) Peranan Madinah Al-Munawwarah sebagai Pusat atau Markaz Daulah Islamiyyah.
4) Penulisan merupakan salah satu wasilah yang dalam menyebarkan dakwah Islam.
5) Dakwah merupakan ibadah,dan ianya wajib memenuhi syarat penerimaan ibadah iaitulah Ikhlas dan Ittiba`(mengikuti Manhaj Nabi sallallahu`alaihiwasallam).
6) Bantahan ke atas para orientalis yang mendakwa Islam hanya disebarkan semata-mata melalui mata pedang,dan keganasan.
7) Ganjaran bagi orang-orang yang beriman dan mengikuti ajaran Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam, pahala sebanyak dua kali bagi Ahli Kitab yang masuk Islam.
8) Kejelasan Dakwah Islamiyyah.
9) Tahap dan peringkat dakwah perlu diperhatikan dalam menyampaikan dakwah, sikap Nabi sallallahu`alaihiwasallam yang menghormati pemimpin-pemimpin serta pembesar negara menunjukkan hikmahnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam dalam dakwahnya sedangkan kesemua mereka bukan semua yang menerimanya,sekaligus membantah dakwaan segelintir umat Islam yang bertindak tidak menghormati dan bersikap menghina,mencela pemimpin mereka walhal pemimpin dan pembesar mereka masih muslim.
Wallahu`alam:
Berkhidmat untuk As-Sunnah,
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Kuliah Dakwah dan Usuluddin Universiti Islam Al-Madinah Al-Munawwarah
11 Safar 1433 Hijriyyah
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Kuliah Dakwah dan Usuluddin Universiti Islam Al-Madinah Al-Munawwarah
11 Safar 1433 Hijriyyah
Sumber rujukan:
1) Tafsir Al-Quran Al-`Azhim Al-Imam Ibnu Kathir-rahimahullah- Darul As-Siddiq
2) Al-Jami`us Shahih Al-Imam Bukhari-rahimahullah- Darul Minhaj
3) As-Sirah An-Nabawiyyah As-Shahihah Dr. Akram Dhiya` Al-Umari, Maktabah Al-`Ubaikan.
Laman Web :
http://uqu.edu.sa/page/ar/39589
sumber http://ibnabiashim89.blogspot.com/2012/01/risalah-tauhid-rasulullah-buat-para.html




