Kata Fadilatu al-Syaikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan –hafizahullah, Ahli Lajnah Tetap bagi Fatwa dan Kajian Ilmiah Arab Saudi -:
Boleh jadi dikatakan: "Kamu mengharamkan tabarruk (mengambil berkat) daripada pokok, batu, dan kubur sedangkan para Sahabat radiallahu 'anhum adalah mereka bertabarruk dengan air liur Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, peluh baginda, rambut baginda, dan wuduk baginda; bukankah ini termasuk Tabarruk dengan makhluk?"
Maka Jawapan bagi perkara ini: Bahawa ini khusus dengan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan dengan apa yang terpisah daripada jasad baginda kerana ia diberkati seperti air liur, peluh, rambut, atau wuduk, maka ianya boleh untuk bertabarruk dengannya, adapun bertabarruk dengan selain Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam maka ini tidak pernah ada (tidak diriwayatkan) walaupun dengan orang-orang yang afdal daripada Umat seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, sepuluh Sahabat yang dijanjikan Syurga, Ahli Badar, dan Ahli Bai'at al-Ridwan, tidak pernah dinyatakan adanya kaum muslimin (Salafus Soleh) bertabarruk dengan mereka ini, tidak dengan air liur mereka, peluh mereka, dan tidak pula rambut mereka.
Maka Tabarruk Tidak Boleh; tidak boleh sama ada dengan pokok, batu, orang, Hujrah Nabawiah, atau Kubur Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, semua ini Tidak boleh (bertabarruk dengannya) kerana semua ini bukanlah benda yang terpisah daripada (jasad) Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan bukan pula daripada jasad baginda sallallahu 'alaihi wa sallam, maka kita mesti mengetahui jawapan berkenaan syubhat-syubhat ini kerana mereka (kaum Sufi dan Ahli Bidaah) berdalih dengannya.
[Sumber: I'anatul Mustafid bi Syarhi Kitab al-Tauhid, jil 1, m.s 154, cet. Muassasah al-Risalah Nasyirun, cet.1, 2007].
Terjemahan: Muhammad Asrie bin Sobri, Kuliah Dakwah dan Usuluddin, Uni. Islam Madinah Nabawiah, Arab Saudi.
24 Safar 1433 H/18/1/2012 M