Thursday, September 29, 2011

Bantahan Terhadap Syiah Dalam Memahami Hadith Tsaqalain


oleh: Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi

Kuliah Dakwah wa Usuluddin Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah

Antara syubhat yang sering dibawakan oleh Syiah Rafidhah dalam mendakwa agama mereka adalah benar,adalah dengan menggunakan hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihwasallam yang diriwayatakan oleh Imam-Imam Ahli Sunnah.Tujuan mereka hanyalah untuk menimbulkan keraguan terhadap sunnah Nabi sallalahu`alaihiwasallam dan para sahabatnya dan kononnya ingin membuktikan kebenaran agama mereka yang dibina di atas taksub membabi buta terhadap ahli bait Nabi sallallahu`alaihiwasallam sehingga melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh Allah Ta`ala
.
Antara hadith yang sering dibawakan oleh mereka adalah apa yang dikenali dengan hadith " Tsaqalain" yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith ahli Sunnah.Antara hadithnya:

Al-Imam Abul Hussain Muslim bin Hajaj An-Naisaburi ( wafat 262 H) meriwayatkan dalam Shahihnya dengan sanadnya:

(2408) حدثني زهير بن حرب، وشجاع بن مخلد، جميعا عن ابن علية، قال زهير: حدثنا إسماعيل بن إبراهيم، حدثني أبو حيان، حدثني يزيد بن حيان، قال: انطلقت أنا وحصين بن سبرة، وعمر بن مسلم، إلى زيد بن أرقم، فلما جلسنا إليه قال له حصين: لقد لقيت يا زيد خيرا كثيرا، رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، وسمعت حديثه، وغزوت معه، وصليت خلفه لقد لقيت، يا زيد خيرا كثيرا، حدثنا يا زيد ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: يا ابن أخي والله لقد كبرت سني، وقدم عهدي، ونسيت بعض الذي كنت أعي من رسول الله صلى الله عليه وسلم، فما حدثتكم فاقبلوا، وما لا، فلا تكلفونيه، ثم قال: قام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما فينا خطيبا، بماء يدعى خما بين مكة والمدينة فحمد الله وأثنى عليه، ووعظ وذكر، ثم قال: " أما بعد، ألا أيها الناس فإنما أنا بشر يوشك أن يأتي رسول ربي فأجيب، وأنا تارك فيكم ثقلين: أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله، واستمسكوا به " فحث على كتاب الله ورغب فيه، ثم قال: «وأهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي، أذكركم الله في أهل بيتي، أذكركم الله في أهل بيتي» فقال له حصين: ومن أهل بيته؟ يا زيد أليس نساؤه من أهل بيته؟ قال: نساؤه من أهل بيته، ولكن أهل بيته من حرم الصدقة بعده، قال: ومن هم؟ قال: هم آل علي وآل عقيل، وآل جعفر، وآل عباس قال: كل هؤلاء حرم الصدقة؟ قال: نعم

Telah meriwayatkan kpd kami Zuhair bin Harb,dan Syuja`bin Makhlad kesemuanya daripada Ibnu `Aliyah,kata Zuhair: telah meriwayatkan kepada kami Ismai`l bin Ibrahim,telah meriwayatkan kepada kami Abuu Hayyan,meriwayatkan kepada kami Yazid bin Hayyan,katanya: Aku telah bertolak bersama-sama Hushoin bin Sabrah,dan `Umar bin Muslim menemui Zaid bin Arqam,apabila kami duduk bermajlis bersamanya Hushoin berkata kepadanya: " Sesungguhnya engkau wahai Zaid telah mendapat kebaikan yang sangat banyak,engkau pernah melihat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam,dan engkau telah mendengar haditnya,dan engkau telah ikut berperang bersamanya,dan engkau pernah solat di belakangnya dan sungguh enkau telah bertemunya, wahai Zaid kebaikan yang banyak, khabarkanlah kepada kami wahai Zaid apa yang telah engkau dengar daripada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam,jawabnya: " Wahai anak saudaraku,demi Allah umurku telah tua,aku dah lama hidup,dan aku telah lupa sebahagian hadith yang aku telah hafal daripada Rasulullah sallallahu`alahiwasallam ,maka apa yang aku khabarkan kepada kamu maka terimalah,jika tidak aku ingat maka jangan kamu memberat-beratkan aku,kemudian beliau berkata: " Suatu hari Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bangun beridiri berkhutbah kepada kami disisi anak sungai yang bernama Khum yang terletak di antara Makkah dan Madinah lalu beliau memuji Allah dan memberi nasihat serta peringatan kemudian beliau bersabda: " Amma Ba`d, ketahuilah wahai manusia,maka sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia hampir-hampir utusan tuhanku( malaikat maut) mendatangiku dan aku dimatikan,dan aku meninggalkan kepada kamu tsaqalain( dua perkara yang berat): yang pertamanya ialah Kitab Allah,padanya terdapat petunjuk dan cahaya maka berpeganglah dengan Kitab Allah,dan berpegang teguhlah dengannya",kemudian beliau menggalakkan agar melazimi kitab Allah dan memberi motivasi agar berpegang dengannya, kemudian beliau bersabda: "Ahli Baitku, Aku mengingatkan kamu dengan Allah agar menjaga hak-hak ahli baitku,aku mengingatkan kamu dengan Allah terhadap ahli baitku,aku mengingatkan kamu dengan Allah terhadap ahli baitku.." Kata Hushoin kepadanya: " Dan siapakah ahli baitnya?,bukankah isteri-isterinya termasuk ahli baitnya?, jawab Zaid: " isteri-isterinya adalah ahli baitnya,akan tetapi ahli baitnya adalah sesiapa yang diharamkan sadaqah(zakat) selepas kewafatannya" dia bertanya lagi: " Siapa mereka?" Jawab Zaid: " Mereka ialah aali( Keluarga) `Ali,keluarga `Aqil,keluarga Ja`afar dan keluarga `Abbas". Dia bertanya lagi: " Kesemua mereka itu diharamkan sadaqah(zakat)? " Jawab Zaid: " Ya".
[ HR Muslim no:2408, Kitab Fadhail As-Sohabah Radiallahu`anhum, Bab Fadhail `Ali bin Abi Talib Radiallahu`anhu ]

Hadith berkenaan Tsaqalain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim adalah Hadith yang paling shahih dalam bab ini,dan merupakan umdah(asas) pada masalah ini.Adapun hadith-hadith lain yang shahih diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan selainya seperti diriwayatkan beliau dengan sanadnya:

3788 - حدثنا علي بن المنذر الكوفي قال: حدثنا محمد بن فضيل قال: حدثنا الأعمش، عن عطية، عن أبي سعيد، والأعمش، عن حبيب بن أبي ثابت، عن زيد بن أرقم قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي أحدهما أعظم من الآخر: كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض. وعترتي أهل بيتي، ولن يتفرقا حتى يردا علي الحوض فانظروا كيف تخلفوني فيهما «هذا حديث حسن غريب»

Telah meriwayatkan kepada kami `Ali bin Munzir Al-Kufi katanya: Telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Fudhail katanya: Telah meriwayatkan kepada kami `Al-`Amasy,daripada `Atiyah,daripada Abi Sa`id dan Al`Amasy daripada Habib bin Abi Thabit,daripada Zaid bin Arqam katanya: Rasulullah sallalahu`alaihiwasallam bersabda: " Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu apa yang jika kamu berpegang teguh dengannya maka kamu tidak akan sesat selepasku, salah satunya sangat agung daripada yang lain: Kitab Allah tali yang dihulurkan daripada langit ke bumi,dan ahli `itrah ahli baitku,dan tidak akan berpisah antara keduanya sehinggalah disampaikan keduanya kepadaku al-haudh(telaga) maka lihatlah kamu semua bagaiman kamu menggantikan aku dalam menjaga hak-hak keduanya.

[ HR Tirmidzi no:3786,3788, Bab Manaqib Ahli Baitin Nabi sallallahu`alaihiwasallam dan At-Tirmidzi menyebutkan hadith ini hasan gharib,dan Syeikh Al-Albani mensahihkannya ]

Adapun hadith lain dengan lafaz " Khalifatain" dan selain daripada lafaz di atas maka kesemua sanadnya adalah lemah,sebagaimana disebutkan hadith Zaid bin Arqam radiallahu`anhu yang diriwayatakan oleh Imam Muslim adalah hadith yang paling shahih antara yang lain.

Maksud Hadith ini Mengikut Tafsiran Ahli Sunnah

Maksud Kalimah Tsaqalain:

Kata Ibnu Athir rahimahullah(wafat 606H) : "Dinamakan ( Tsaqalain) kerana berpegang dengan keduanya(iaitu Al-Kitab dan As-Sunnah) dan beramal dengan tuntutan kedua-duanya sangat berat(tsaqil),dan dikatakan setiap daripada keduanya merupakan sesuatu yang berisiko tetapi berharga,maka
dinamakan (tsaqalain) sebagai bentuk pengagungan terhadap kedudukan keduanya dan membesarkan urusan(dalam menjaga hak-haknya).

[ An-Nihayah Fi Gharibil Hadith wal Athar jil 1/216 ]

قال التوربشتي عترة الرجل أهل بيته ورهطه الأدنون ولاستعمالهم العترة على أنحاء كثيرة بينها رسول الله صلى الله عليه وسلم بقوله أهل بيتي ليعلم أنه أراد بذلك نسله وعصابته الأدنين وأزواجه انتهى

Kata At-Turibisyti: keluarga seorang lelaki adalah ahli baitnya dan kaumnya yang terdekat,dan banyak penggunaan kalimah Al-`Itrah dengan pelbagai makna, dijelaskannya oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dengan sabdanya ahli baitku untuk memberitahu bahawasanya yang dimaksudkan hal tersebut ialah keturunannya,`asobahnya(kaum yg terdekatnya disebelah lelaki) dan isteri-isterinya.

قال القارىء والمراد بالأخذ بهم التمسك بمحبتهم ومحافظة حرمتهم والعمل بروايتهم والاعتماد على مقالتهم وهو لا ينافي أخذ السنة من غيرهم لقوله صلى الله عليه وسلم أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم ولقوله تعالى فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون وقال بن الملك التمسك بالكتاب العمل بما فيه وهو الائتمار بأوامر الله والانتهاء عن نواهيه ومعنى التمسك بالعترة محبتهم والاهتداء بهديهم وسيرتهم زاد السيد جمال الدين إذا لم يكن مخالفا للدين

Kata Al-Qari`: dan maksud berpegang dengan mereka(ahli bait) iaitu berpegang teguh dalam menyayangi mereka,dan menjaga kehormatan mereka dan beramal dengan riwayat mereka dan berpegang dengan perkataan mereka dan ianya tidak menafikan berpegang dengan as-sunnah daripada selain mereka berdasarkan sabda sallallahu`alaihiwasallam: " sahabatku seperti bintang,sesiapa pun dikalangan mereka yang kamu contohi maka kamu akan mendapat petunjuk( hadith lemah),dan berdasarkan firman Allah Ta`ala: " Maka bertanyalah kepada Ahli Zikr jika kamu tidak mengetahui.

Kata Ibnul Malik : Berpegang teguh dengan kitab adalah beramal dengan apa yang terkandung dalamnya iaitulah berupa mengikut perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangannya dan maksud berpegang teguh dengan Al-`Itrah( ahli bait) iaitu menyayangi mereka dan mencontohi petunjuk mereka dan sirah perjalanan mereka, dan Sayyid Jamaluddin: jika tidak berlaku pada mereka perkara yang menyelishi agama.
[ Rujuk Tuhfah Al-Ahwadzi oleh Al-Mubarakfuri(wafat 1353H) 10/196 ]

Bantahan Terhadap Syiah dan syubhat Mereka.

Kata Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah( wafat 1420H):
Maksud daripada hadith daripada sabda sallallahu`alaihiwasallam " Itrati(ahli baitku)" disisi ahli sunnah lebih luas daripada apa yang dikehendaki/difahami oleh syiah,dan ahli sunnah tidak pernah menolaknya(hadith ini) bahkan mereka(ahli sunnah) berpegang teguh dengan hadith ini,iaitu ahli bait,iaitulah bahawasanya al- `itrah dikalangan mereka adalah ahli baitnya sallallahu`alaihiwasallam,dan telah dating hal tersebut dijelaskan dalam sebahagian jalan periwayatan seperti hadith terjemah " Itrati ahli baiti" dan ahli baitnya asalnya ialah isteri-isterinya sallallahu`alaihiwasallam dan diantara mereka ialah As-Siddiqah `Aisyah Radiallahu`anhunna jami`an sebagaimana yang jelas dalam firman Allah dalam surah Al-Ahzab : 

(إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا
 
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [ Al-Ahzab:33]

Dengan dalil ayat sebelumnya iaitu yang selepasnya ( bermaksud): Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik …hingga akhira ayat [ Al-Ahzab:32 ]

Dan takhsis (pengkhususan) syiah terhadap Ahli Bait pada ayat dengan hanya mengehadkan `Ali, Fatimah,Al-Hassan dan Al-Hussain Radiallahu`anhum tanpa memasukkan isteri-isteri nabi sallallahu`alaihiwasallam merupakan sebahagian tahrif( penyelewengan) mereka terhadap ayat-ayat Allah semata-mata untuk membela hawa nafsu mereka sebagaimana sudah dijelaskan hadithnya ditempatnya….( selesai perkataan beliau).
[ Rujuk Silsilah Al-Ahadith As-Shahihah 4/357 ]

Apa yang menjadi masalah kepada Syiah Rafidhah adalah sikap mereka yang melampaui batas dalam kecintaan mereka ke atas ahli bait Nabi sallalalhu`alaihiwasallam,sikap mereka mengkafirkan isteri-isteri Nabi sallallahu`alaihiwasallam sebenarnyan merupakan satu tamparan hebat ke atas mereka,dan hadith yang menyebutkan wasiat dan peringatan Nabi agar menjaga hak-hak ahli bait sebenarnya menjadi hujjah ke atas mereka,apa yang mereka dakwakan bahawa mereka sebenarnya adalah pembela ahli bait Nabi sallalalhu`alaihiwasallam sebenarnya merupakan dusta dan suatu helah untuk mengelak dan menutup kesesatan mereka,mereka hakikatnya telah melanggar hak-hak ahli bait dan melampaui batas yang telah Allah tetapkan,sebaliknya ahli sunnah tidak pernah menunjukkan kebencian terhadapa ahli bait Nabi sallalahu`alahiwasallam,dan mereka menghormati ahli bait dan menjaga hak-hak mereka tanpa melampaui batas yang ditetapkan,benarlah kata `Ali Radiallahu`anhu sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Lalalaki (wafat 418 H) dalam Syarh Usul `Itiqad Ahli Sunnah dengan sanadnya daripada Abu Thufail bahawasanya `Ali radiallaahu`anhu berkata:

إن أولى الناس بالأنبياء أعلمهم بما جاءوا به، ثم يتلو هذه الآية: {إن أولى الناس بإبراهيم للذين اتبعوه وهذا النبي} [آل عمران: 68] ، يعني محمدا والذين اتبعوه، فلا تغيروا، فإنما ولي محمد من أطاع الله، وعدو محمد من عصى الله، وإن قربت قرابته.

Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan Nabi-nabi ialah orang yang paling mengetahui apa dibawa oleh mereka,kemudian beliau membaca ayat ini: "Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman," iaitu Muhammad dan orang-orang yang mengikutinya,jangan kamu mengubahnya,maka sesungguhnya wali bagi Muhammad itu adalah sesiapa yang mentaati Allah,dan musuh bagi Muhammad itu adalah sesiapa yang melakukan maksiat kepada Allah,walaupun dekatnya hubungan kerabatnya.

[ Syarh Usul `Itiqad Ahli Sunnah Al-Lalakai 4/1482 ]

http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/09/bantahan-terhadap-syiah-dalam-memahami.html