Kata Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah [w.597 H] dalam kitab beliau Talbis Iblis (Tipu Daya Iblis) berkenaan tipu daya Iblis dalam ibadat Azan:
ومنه أنهم يخلطون أذان الفجر بالتذكير والتسبيح والمواعظ ويجعلون الأذان وسطا فيختلط وَقَدْ كره العلماء كل مَا يضاف إِلَى الأذان وَقَدْ رأينا من يقوم بالليل كثيرا عَلَى المنارة فيعظ ويذكر ومنهم من يقرأ سورا من القرآن بصوت مرتفع فيمنع الناس من نومهم ويخلط عَلَى المتهجدين قراءتهم وكل ذلك من المنكرات.
Maksudnya:
"dan antaranya (tipu daya Iblis dalam Azan) bahawa mereka itu (para muazzin) mencapur adukkan azan subuh dengan memberi tazkirah, tasbih, dan peringatan lalu menjadikan azan itu di pertengahan lalu bercampur aduk (dengan tasbih, zikir dll) sedangkan para Ulama membenci apa sahaja yang ditambah kepada azan (yang bukan daripada lafaznya) dan kami telah melihat ada antara mereka itu pada waktu malam (sebelum Subuh) naik ke atas menara lalu memberikan ceramah dan ada antara mereka itu membaca beberapa surah al-Quran dengan suara yang kuat sehingga menghalang manusia dari tidur mereka dan mengganggu orang-orang yang sedang bertahajjud pada bacaan mereka dan semua ini adalah perkara-perkara MUNKAR!!"
Sumber: Talbis Iblis, Imam Ibn al-Jauzi r.h (w.597 H), m.s 123
*ini menunjukkan bahawa amalan membaca al-Quran dengan suara yang kuat sebelum azan subuh dan waktu-waktu lainnya sebelum azan adalah amalan yang DILARANG oleh para Ulama Islam semenjak zaman dahulu lagi.
https://www.facebook.com/notes/ahlus-sunnah-wal-jamaah-as-salafiyyah/tipu-daya-iblis-dalam-azan-bacaan-al-quran-melalui-pembesar-suara/204821756243003
DERMAWAR SALAFI [BERPEGANG TEGUH KEPADA MANHAJ SALAF!]