Saturday, August 13, 2011

HUKUM BACAAN AL-QURAN SECARA KUAT SEBELUM AZAN SUBUH

Soalan daripada Repulik Arab Mesir: Di sebelah rumah kami terdapat Masjid dan saya –dengan limpah kurnia ALLAH- bertugas untuk membuka Masjid itu pada waktu Subuh sepanjang tahun kecuali pada Bulan Ramadan; ada orang lain yang akan membukanya kerana dia yang dilantik oleh Kemeterian Waqaf dan kami di Mesir akan dibaca al-Quran secara kuat dengan pembesar suara sebelum Subuh  dengan alasan ia akan mengejutkan orang bangun untuk Solat sedangkan saya tahu perbuatan ini termasuk daripada perkara Bidaah, jika saya tidak memasang bacaan al-Quran di Radio melalui pembesar suara, orang akan mengatakan saya ini seorang yang keras dan melampau dalam agama dan lainnya daripada ucapan yang mereka lemparkan kepada orang-orang yang teguh berpegang dengan ajaran agama, maka apakah panduan tuan untuk saya dalam isu ini? Jazakumullahu Khaira.

Jawapan:

Anda benar wahai saudaraku, anda menepati Sunnah walhamdulillah, tidak member mudarat perkataan manusia, maka jika telah masuk waktu Fajar azanlah, cukuplah sekadar azan.
Adapun memasang bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum azan di penghujung malam maka ini tiada dalil baginya dan boleh jadi ianya menyinggung orang ramai dan menyusahkan orang-orang yang sedang tidur dan membuat mereka terkejut.

Maka kesimpulannya, perbuatan ini tidak disyariatkan dan tidak dilakukan oleh al-Mustafa sallallahu 'alaihi wa sallam dan tidak juga dilakukan para Sahabat baginda, di mana mereka itu tidak pernah menguatkan bacaan al-Quran seperti melaungkan azan untuk mengejutkan mereka bangun tidur bahkan cukuplah sekadar azan di zaman baginda sallallahu 'alaihi wa sallam dan di zaman para Sahabat.
Maka jika telah terbit fajar maka hendaklah Muazzin atau pembantunya melaungkan azan dengan pembesar suara supaya  manusia bangun dari tidur dan sedar dan menyeru mereka untuk solat di masjid (dengan melaungkan azan). Wallahul Musta'an.

Sumber: Fatwa Nur 'ala al-Darbi, oleh: Imam Abdul Aziz  bin Abdullah bin Baz r.h. Mantan Mufti Arab Saudi. Jil 11, m.s 329-330
 
https://www.facebook.com/note.php?created&&note_id=204769156248263#!/notes/ahlus-sunnah-wal-jamaah-as-salafiyyah/hukum-bacaan-al-quran-secara-kuat-sebelum-azan-subuh/204769156248263