Soalan:
Adakah solat witir berbeza dengan solat malam dari segi waktunya, doa yang dibaca di dalam kedua solat ini, dan bilangan rakaatnya?
Jawapan:
Witir adalah sebahagian daripada solat malam dan ia adalah Sunnah dan merupakan penutupnya (penutup bagi solat malam), ia adalah satu rakaat yang ditutup dengannya solat malam sama ada di akhir malam atau pertengahannya atau di awalnya selepas daripada solat Isya', dia bersolat sekadar mana yang dimudahkan untuknya kemudian dia menyudahinya dengan satu rakaat dibaca padanya al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) inilah yang dinamakan witir; berdasarkan sabda Nabi s.a.w :
اجعلوا آخر صلاتكم بالليل وترا
Maksudnya: "Jadikanlah akhir solat kamu di malam hari adalah witir" [HR al-Bukhari & Muslim].
Dan dia berqunut padanya selepas daripada rukuk[1] dengan doa yang ma'tsur (tsabit daripada Nabi s.a.w) اللهم اهدنا
فيمن هديت. hingga akhirnya dan ianya adalah doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada al-Hasan bin Ali r.huma dan dia berdoa bersamanya apa yang mudah padanya daripada doa-doa yang baik.
Sumber: Majmuk Fatawa wa Maqalat Ibn Baz, 11/309
*Kata Imam Ibn al-Qayyim r.h menjelaskan maksud solat witir:
"Witir adalah nama bagi solat (yakni: solat sunat di waktu malam) satu rakaat yang terpisah daripada solat-solat sebelumnya dan untuk solat yang berbilangan 5 rakaat, 7 rakaat, dan 9 rakaat yang bersambungan (solat dengan bilangan rakaat ganjil yang bersambung dengan satu salam)". [al-Durar al-Bahiyyah, Siddiq Hasan Khan, m.s 318].
[1] Tsabit dalam Hadis dikeluarkan Abu Daud dan al-Nasaie daripada Ubayy bin Ka'ab r.a bahawa Nabi s.a.w berqunut dalam solat witir sebelum rukuk, maka ini lebih utama diamalkan.
http://www.binbaz.org.sa/mat/1018